KAD HARI RAYA DAN DOA ANAK ISTIMEWA BUAT JIRAN TERSENTUH HATI


" Pakcik....semalam hari jadi saya, ada parti tau" tegur Salam kepada Suhaimi. 
" Laaa kenapa tak ajak pakcik sekali" jawab Suhaimi. 
"Buat apa ajak..pakcik bukan bapak saya.." selamba je  Salam menjawab dan berlalu tanpa menoleh dan meninggalkan Suhaimi yang menyapu didepan pagar tersengeh sendirian.
Sebenarnya Suhaimi dan isterinya Adibah sudah biasa dengan karenah dan telatah Salam ,dia ni anak istimewa 
Ini kerana ada ciri-ciri autisme pada dia. Berani dan peramah sangat.  Namun sejak Suhaimi dan Adibah tinggal di Taman perumahan ini mereka masih tidak tahu nama sebenar Salam. Bila ditanya dia tak jawab pun.  Jadi mereka hanya memanggilnya Salam sahaja. Sebab dia ni selalu lalu depan rumah Suhaimi dan hon motosikal kuat kuat seawal 6 pagi dan memberi ucapan salam sebelum menghilang. Dipercayai menuju ke tempat kerjanya di 7 eleven. Ramai juga jiran tak senang dengan perangai Salam  ni tapi Suhaimi dan Adibah melayan dia  dengan baik. Sering diajak bersembang tapi tak panjang lepas tu Salam terus balik kerumah macam tu je. Lagi pun Suhaimi dan Adibah juga memiliki seorang anak istimewa, jadi mereka faham perasaan Salam ini dan sering menjelaskan keadaan kepada jiran lain.

Namun pagi ini sesuatu yang menyentuh hati Adibah dan suaminya berlaku.
Salam membunyikan hon beberapa kali dan menjerit Assalamualaikum ..Makcik!! Pakcik!! Keluarlaa...jerit remaja itu.
Adibah menjenguk pintu..dan berkata " Walaikumusalam Kenapa? Sekarang tak boleh beraya..nanti kena tangkap polis" kata Adibah.
" Takda laa...makcik..saya nak kasi kad raya je...tapi kad raya kertas...saya nak beli kad raya tapi mahal..duit takde." Kata Salam tersebut sambil menghulur sehelai kertas pink saiz A4 kepada Adibah.
Belum sempat ucap terima kasih..Salam  memecut motorsikalnya dan menghilang.
Terharu hati membaca ucapan yang di tulis oleh Salam. 
Dalam keadaan kekurangan masih ada kelebihan yang Allah berikan pada Salam ni. Iaitu mahu memdoakan kesejahteraan dan menghargai jirannya walaupun dengan sehelai kad buat sendiri. 
Terima kasih Salam. Bisik Adibah sambil mengesat airmata. 
Kisah Salam  adalah kisah benar dan memberikan inspirasi kepada kita supaya tidak memandang rendah kepada golongan yang mengalami kekurangan fizikal dan mental. Lebih-lebih lagi anak anak lembam, autisme dan bermasalah pembelajaran. Jiwa mereka kadangkala jauh lebih besar dari kita. 

Cikgu doakan Salam berjaya di dunia dan akhirat dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Catat Komen

0 Ulasan