Cinta Jejaka Rawang terjalin di Long Pilah Baram


Cinta dari Rawang terikat di Long Pilah Baram. 

Bermula cintanya semasa mereka sama-sama berkerja di Kuala Lumpur, 
Dalvinder Singh seorang lelaki Sikh yang berasal dari Rawang Selangor telah terpaut hati dengan gadis berbangsa Kayan iaitu Sophia Suling Saging dari Kampung Long Pilah, Baram, Sarawak 
Dalvinder Singh dan Sophia mengenakan pakaian tradisi kaum Kayan.

Percintaan mereka mendapat restu kedua belah keluarga masing-masing. Semalam merupakan hari bersejarah apabila sambutan dari pihak keluarga di Long Pilah Baram dibuat secara besar-besaran. 

Persediaan serba mewah yang dibuat oleh pihak keluarga Sophia adalah kerana beliau adalah anak ketua kampung. Oleh itu sambutan hendaklah dibuat penuh meriah setaraf kedudukan bapanya yang bertaraf 'Maren' atau berstatus tinggi.
Kemeriahan sambutan dari pihak keluarga Sophia dalam meraikan perkahwinan mereka.

Semasa ditanya oleh Cikgu Amir dari Perlis yang berkhidmat di SK Long Pilah kepada Dalvinder tentang awal hasratnya menikahi Sophia, Dalvinder tidak mendapat bantahan dari keluarganya kerana mereka sangat terbuka terhadap siapa sahaja yang menjadi pilihan beliau. Begitu juga bagi pihak keluarga Sophia walaupun agak 'jarang' berlaku lelaki dari keturunan Punjabi mengahwini gadis Kayan tetapi tetap menerima dengan Dalvinder dengan baik.
Cikgu Amir dari Perlis yang mengajar di SK Long Pilah turut mengambil peluang bersama sama menyaksikan upacara perkahwinan Kayan dari golongan Maren yang jarang dilihat.

 Sambutan di Long Pilah dibuat begitu meriah malah persediaan menyambut pengantin dibuat hampir sebulan sebelum majlis berlangsung. Hiasan kain berwarna kuning, merah dan hitam menjadi warna dominan ditambah dengan hiasan "Lepo Jako" iaitu hiasan berbentuk rumah mini yang digantung beberapa batang rokok orang ulu. (seperti dalam gambar)
Hiasan Lepo Jako yang digantung kelihatan begitu cantik.

Sophia mengenakan set pakaian tradisi wanita kayan digayakan dengan 'head dress' yang dikenali sebagai lavung dan set pakaian dikenali Ta'a. Bagi Dalvinder Singh pula dihiasi dengan topi khas yang panggil "lavung dok" serta memakai abet (seperti sirat) dan bersunung yang diperbuat dari kulit.
Bila ditanya tentang toleransi di Sarawak, Dalvinder mengakui setelah beberapa kali ke Kuching dan Miri beliau dapati masyarakat pelbagai kaum di sini lebih terbuka dan sangat menghormati antara satu sama lain. Secara umumnya toleransi di Sarawak ini lebih baik.
Majlis perkahwinan Dalvinder dan Sophia turut mendapat liputan RTM.

Kesimpulannya sifat menerima dikalangan warga Kayan terhadap orang luar sangat menakjubkan dan ini boleh dianggap sebagai meraikan kepelbagaian kaum dan budaya yang indah di Sarawak.


Selamat Pengantin Baharu Dalvinder dan Sophia semoga bahagia berkekalan.

Sumber info dari Cikgu Amir Lennon 
Di susun oleh Cikgu Emmet.

Catat Ulasan

0 Ulasan