ONIE : Kisah Juara Tanpa Kasut.
Apalah...cuba lah bagi pelajar tu pakai kasut, kesian dia tak berkasut.. komen netizen. Ada juga komen yang menyalahkan pihak berwajib kerana mengabaikan keperluan sukan anak-anak Sabah dan Sarawak bila melihat adik Shakira Onie memenangi acara merentas desa P12 MSSM Kebangsaan di Terengganu tanpa berkasut
Baik lah sebelum saya mengulas isu ini, saya ingin bawakan kisah dua juara dunia yang tidak berkasut. Pertama ialah atlit negara Ethopia iaitu Abebe Bikila yang memenangi acara marathon olimpik di Rome pada tahun 1960. Dia menolak untuk memakai kasut meskipun ada yang ingin memberikan kasut padanya. Bikila memenangi pingat emas untuk negaranya TANPA KASUT.
Zola Budd pelari afrika selatan juga menolak berkasut untuk acara 5000 meter memecah rekod dunia sebanyak 2 kali pada 1984 dan 85. Dalam acara itu dia meninggalkan saingannya jauh dan merangkul kejuaraan TANPA KASUT.
Shakira Onie Anak Henry dari Rh Jimmy, Nanga Bayu, Pakan. Beliau bersekolah di SK ULU ENTABAI, Julau dalam kelas Tahun 6.
Shakira seorang murid yang komited dan sentiasa semangat semasa latihan di sekolah. Pernah semasa training berlanggar dengan anjing dan lututnya berdarah masih tetap menyambung larian hingga tamat. Mempunyai semangat tidak mahu mengalah walaupun dengan budak lelaki yang lain semasa latihan merentas desa.
Sehari sebelum pertandingan Onie menyuarakan hasrat untuk berlari tanpa kasut kerana sudah biasa.
Malah di kampungnya Onie sudah biasa berlari diatas batu sungai (kerangan). Apabila guru dan jurulatih menasihatinya untuk berkasut dia agak sedih dan untuk tidak menganggu emosinya , permintaan Onie di penuhi. Maka Onie bertanding tanpa berkasut.
Semasa larian di Terengganu, Onie memberitahu bahawa dia terjatuh setelah terlanggar dengan pohon sawit. Tapi dia tetap meneruskan larian dan berjaya memperoleh kejayaan sebab semangat berjuang untuk menang yang tinggi. Akhirnya Onie berjaya menamatkan larian di tempat pertama dengan catatan 16 atau 17 minit (kalau tak silap saya) bagi jarak sejauh 4km. Ini memberikan kemenangan bermakna untuk beliau dan team MSS Sarawak.
Kesimpulannya, anak kampung tetap jaguh dimana-mana. Kekurangan bukan penghalang. Malah tindakan Onie keluar dari zon selesa (tak pakai kasut trek) membuatkan dia berjaya memenangi acara merentas desa.
Syabas Onie...you are the One and Only the best in Julau for Sarawak. Ooooohaaa.
0 Ulasan