PENCETUS KEMAYA HARI LIMA

 


PENCETUS KEMAYA HARI LIMA
Kisah Lysiana 
Namanya Lysiana. Anak iban berumur 7 tahun. Seawal usia itu Lysiana sudah tinggal di asrama sekolah semata mata utk 1 tujuan. BELAJAR. Itulah tujuannya. Lysiana ini hanya dihantar oleh ibunya ditepi jalan rumah panjang di sebuah tempat bernama Nyelam Jarak dari rumah ke sekolah yang jauh mustahil bagi ibubapanya menghantar dan mengambil setiap hari. Kerana itu kepergian Lysiana ke sekolah hanya menggunakan van pada petang ahad dan kembali ke rumah ibubapanya pada ptg jumaat. Cikgu masih ingat dik semasa cikgu mengajar kelasnya pada awal januari...airmata Lysiana tidak kering dari bertakung dikelopak matanya. Tapi dia tidak pernah meraung berguling minta balik. Cikgu lalu disebelah mejanya dia akan menarik tangan cikgu dan bertanya..."cikgu..bila ari lima?" (cikgu, bila hari jumaat?) cikgu akan pegang kepalanya dan berkata...lagi 3 hari. Maka mulutnya akan mencebik dan tunduk. Sesekali dia mengesat airmata dengan lengan baju.
Tersentuh hati cikgu dik,
Anak sekecil ini sudah diajar berdikari. Anak sekecil ini sudah jauh berpisah dengan ibubapa demi mencari ilmu. Anak sekecil Lysiana ini sudah mula belajar mengemas tempat tidur sendiri di asrama. Mencuci baju didalam baldi dibilik mandi dan menyidai serta melipat kain bajunya sendiri. Anak sekecil ini diajar erti pengorbanan. Kesusahan hidup pula mengajar kita jadi tabah dan berani keluar dari kepompong kemiskinan.
Lysiana adalah contoh yg jelas mewakili anak anak tahun 1 yang berjauhan dgn keluarga demi mencari Ilmu untuk mengubah nasib keluarga pada masa akan datang. Oleh itu anak anak, janganlah malas kesekolah. Janganlah degil didalam kelas. Janganlah melawan kata kata guru.



Sekarang Lysiana sudahpun remaja dan berada di tingkatan 3 di SMK Melugu beliau sangat rajin dan baik tingkah lakunya. Aktif dalam bidang tarian.  Semoga Lysiana menjadi pelajar dan anak yang cemerlang.

Lysiana sekarang di tingkatan 3.

Cikgu Emmet
Sila share dan repost


Like
Comment
Share

Catat Ulasan

0 Ulasan