CIKGU MERI KAMI RUTI


pic by kelly @ pexels 

Cigu, meri kami ruti....

Itulah yang berlaku pada saya satu ketika dahulu. Seingat saya kejadian berlaku semasa saya masih mengajar di sekolah yang majoritinya murid iban. Jika anda pernah mengajar murid iban di pedalaman pasti kita faham satu perangai murid iban yang tinggal diasrama ialah menggunakan bahasa tersirat jika inginkan sesuatu. Mereka tidak pernah guna ayat direct to the point. Contoh kalau nak minta sesuatu dari saya mereka akan memuji dahulu. "Apu...manah mai gamal cigu sari tu...cigu ulih kami meda video upin ipin?" 😅.  

Melihat wajah mereka yang comel comel memang tak sanggup nak tolak.. " ok..tapi belajar dulu. 10 minit sebelum habis baru cikgu pasang cerita upin ipin. Namun satu peristiwa yang paling terkesan ialah beberapa hari selepas cuti Aidil Fitri. Saat saya mengajar , saya berjanji akan memberikan pensil sebagai hadiah. Memang saya banyak stok pensil untuk dijadikan pemberian ganjaran pada murid yang boleh menjawab soalan. "Okay kalau sapa dapat jawab soalan cikgu, kamu akan dapat pensel" saya maklumkan pada murid-murid 4 Damai. 

Namun tiada yang bersemangat menjerit keriangan seperti sebelumnya. Tiba-tiba Pino bersuara. "Ciguuu...anang meri kami pinsil. Mayuh pinsil kami gu..." kata Pino. "Habis tu kamu nak apa?" Tanya saya. Pino tersengih sesekali melihat kawan-kawannya. "Meri kami ruti gu...kami ka makai ruti" kata pino sambil menayangkan giginya yang jarang.
Mengerut dahi saya..sebab memikirkan mereka nak makan roti bun. "Aii bukan dewan makan kamu diberi roti ke?" Tanya saya lagi

"Ukai ruti nyak ciguuuu...ruti hari raya.....kami ka makai ruti hari raya" jawab Pino bersungguh-sungguh. Terkedu saya mendengarnya. Sayu pula hati saya. Ye la..mereka tinggal di asrama..bila cuti raya mereka balik ke rumah panjang. Manalah ada peluang nak beraya di rumah guru-guru melayu. 

Lagipun mungkin mereka nak juga rasa makanan lain selain makanan di dewan makan. Nak beli jajan pun mungkin tak semua ada cukup duit belanja. 
abhinav-goswami @ pexels

Keesokan harinya saya bawa dua loaf kek lapis yang siap dipotong dadu dan di siap didalam 2 bekas container. Beberapa minit sebelum tamat subjek saya keluarkan bekas kek lapis. "Hari ni cikgu bawa ruti hari raya untuk kamu. Semua boleh rasa." Ujar saya kepada murid-murid. Mereka menjerit kegirangan.   
pic juan pablo serrano arenas @ pexels

Saya mengedarkan bekas kuih dan meminta mereka mengambil seorang dua keping hingga habis. Saya memerhatikan mereka makan penuh tertib dengan rasa gembira. "Sedap tak?" tanya saya. "Sedappppp..." sahut Pino dan kawan-kawannya. "Esok cikgu bawa lagi..." kata saya. "Horreeeyyyyy" jerit mereka sebelum berbaris meninggalkan kelas. Saya memerhati bekas yang kosong dengan rasa puas. Ya Allah semoga murid-murid ini baik-baik dan berjaya dalam hidup. Doa saya buat mereka.

Catatan Cikgu Emmet.
Kredit gambar pexels

Catat Ulasan

0 Ulasan