STOP KARAOKE LEPAS TAHU ADA SOLAT TERAWIH. PENGALAMAN CIKGU MUHAMMAD SYAUQI





Sesiapa yang pernah menetap di Sarawak atau Sabah untuk bekerja di negeri ini pasti pernah menempuh peristiwa indah dan penuh toleran antara masyarakat bukan muslim dengan muslim.
Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.  Ia seakan-akan bulan untuk semua kaum.  Ada kawan Iban saya berkata..."Rindunya dengan Ramadhan sebab dapat beli juadah yang sedap sedap setiap petang" ujarnya.  
Bila terbaca satu posting dari rakan saya Cikgu Muhammad Syauqi berkenaan pengalaman beliau berpuasa di kawasan pedalaman Sarawak,  terdetik di hati saya mengiyakan kenyataan beliau. Benar sifat hormat antara kaum banyak diterjemahkan dengan perilaku. 
Mari sama sama kita baca pengalaman beliau dalam. Hantaran facebook 

Catatan Cikgu Muhammad Syauqi

Teringat satu peristiwa beberapa tahun lalu yang berlaku sewaktu bulan Ramadan di sekolahku yang terletak di pedalaman Sarawak.
Waktu tu kami guru-guru Muslim sedang menunaikan solat tarawikh di sebuah rumah.Di belakang rumah tu ada rumah guru-guru non-Muslim.Mereka pasang speaker dan berkaraoke dua malam berturut-turut.

Malam kedua tu ada seorang guru non-Muslim yang terdengar bunyi suara imam sedang membaca ayat-ayat Al-Quran semasa dia lalu depan rumah kami.

Esok pagi,dia tanya aku pasal hal semalam.Aku pun cerita yang kami guru-guru Muslim ni buat solat tarawikh berjemaah dalam bulan Ramadan.Terus dia minta maaf dan bagitau dia tak tahu pasal tu.
Malam ketiga dan seterusnya,dah tak ada lagi kedengaran mereka berkaraoke.Serius aku "respect" sikap toleransi dan hormat yang mereka tunjukkan kepada kami guru-guru Muslim di sana.Sikap toleransi yang bukanlah asing buat masyarakat berbilang bangsa dan agama di Sarawak dan tanah Borneo.

Demikianlah kisah yang ditulis oleh cikgu Muhammad Syauqi tentang indahnya sikap toleransi di Sarawak. Terima kasih cikgu atas sharing kisah ini. 
Untuk pemgetahuan semua Cikgu Muhammad Syauqi juga ada menulis buku bertajuk Ijazah Jalanan yang mengisahkan tentang kembara beliau di kawasan pedalaman berberapa negara antaranya Mongolia dan Papua. Sangat berbaloi untuk dibaca. 
Sesiapa yang berminat memilikinya bolehlah menghubungi 0145248166

Catat Ulasan

0 Ulasan