Pondok Jana Setia Menjana Pahala di Bulan Ramadhan.



Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah dan bulan mempertingkatkan amal jariah. Dibulan mulia ini sedekah atau infaq sememangnya membuka peluang umat Islam mempertingkatkan pahala di bulan mulia ini.  
Banyak cara memberi infaq yang dilakukan oleh masyarakat islam semasa menyambut bulan Ramadhan. Ada yang menderma makanan kepada anak anak yatim dan pusat tahfiz sehinggalah sedekah bubur lambuk oleh kariah masjid dan surau. 
Namun begitu di Taman Jana Setia 2 , Kamunting Taiping, penduduk di taman ini memberi infaq dengan cara yang unik.  Makanan dari pelbagai juadah dan minuman pelbagai rasa dibungkus rapi tanpa nama penderma dan diletakkan di atas sebuah pondok yang dibina oleh penduduk kampung sejak 10 tahun lalu. Pondok Jana Setia ini pada asalnya dibina untuk penduduk taman berehat dan beramah mesra dijadikan pusat meletakkan makanan untuk disedekahkan pada orang yang memerlukan. 
Kisah pondok ini dikongsi oleh seorang guru dan juga kartunis terkenal iaitu Cikgoodeen Ahmad didalam facebook nya.
gambar dari fb Cikgoodeen Ahmad Cikgoodeen


Berikut adalah tulisan beliau. 

Pondok jana setia ni banyak kegunaan dia. Masa mula buat dulu, kami hanya mahukan satu tempat untuk lepak dan pekena rokok sambil borak-borak kosong. Atas nama persepakatan dan ukhwah sesama kami rakyat marhaen, satu agenda gotong royong bina pondok telah kami jalankan dengan jaya.

Jangan buat lawa lawa. Kita buat macam dangau derian ja.

Ok. Aku tak kisah.
gambar dari fb Cikgoodeen Ahmad Cikgoodeen

Sekarang dah hampir 10 tahun, ia masih kukuh. Dan, sekarang ia kami jadikan tempat untuk kawan-kawan menambah pahala di bulan ramadhan. Makanan ditinggalkan saja kat situ. Dah siap pack-pack. Siapa berhajat, sila ambil satu. Sedeqahhhh....

Asalnya menu bubur lambuk. Aktiviti ajk taman. Tapi, dari sehari ke sehari, ada sahaja menu baru yang orang ahli taman sedekah. Ada tepung talam kak lili (yang ni tetap la..warga taman jugak). Kadang ada mee rebus, kadang mee goreng, kadang roti john, kadang ada air tembikai. Setiap hari aku tengok. Dan, aku sebenarnya tahu siapa hamba Allah pemurah yang sedeqah masa dia letak.
gambar dari fb Cikgoodeen Ahmad Cikgoodeen

Cuma itu lah...tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tahu. Depa betui-betui menghayati konsep sedeqah.

Zuhud yakmat..

Demikianlah hebatnya masyarakat di Taman Jana Setia 2 ini memberi infaq tanpa mengharapkan apa apa pujian melainkan keredhaan Allah  atas bakti yang di sumbangkan. 

Sumber berita boleh klik disini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223017616535365&id=1428352930

Catat Ulasan

0 Ulasan