Datuk Amar Awang Tengah : Perjalanan retrospektif dari anak kampung hingga menjadi timbalan ketua menteri

    


Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merupakan anak jati Lawas mula menceburkan diri di kancah politik pada tahun 1987 lagi bila menjadi ahli dewan undangan negeri bukit Sari Lawas. Dalam satu temubual Astro bersama beliau yang saya lihat di TV dan hasil bual bicara dgn beberapa individu yg pernah berurusan dgn Datuk Amar Awang Tengah, saya dpt menyimpulkan bahawa dia seorang yang down to earth dan ehsan dari sudut hubungan sesama insan. Namun menyentuh soal kemakmuran Sarawak, saya merasakan beliau banyak menyumbang jasa dari segi membawa pelaburan luar negara sekali gus memperkasakan ekonomi negeri.

Seperti mana saya pernah menulis tentang YB Datuk Dr Radzi Jidin semasa dijemput ke majlis hi tea , saya menulis berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang guru yang tidak memberi apa apa manfaat terhadap dunia politik di Sarawak.  Maka dengan itu  penulisan saya tentang Datuk amar Awang Tengah ini juga atas pandangan peribadi saya apa bila pernah bertemu dengan sosok pemimpin yang boleh dikatakan low profile ini..

Datuk Amar Awang Tengah (berbaju batik)  menziarahi penduduk kampung. 

Bukan dilahirkan dari keluarga senang malah berasal dari keluarga yang serba kekurangan, kisah beliau pernah disiarkan dalam satu temubual di Astro Awani tentang seketika dahulu beliau hanya mampu memakai kasut tatkala mahu menduduki peperiksaan SC. Namun dalam serba kekurangan beliau tetap memastikan pelajaran sebagai jalan untuk keluar dari kemiskinan.  Kesungguhannya dalam pelajaran sampai di puncak apabila berjaya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga memperolehi ijazah sarjana muda Sastera (kepujian) pada tahun 1981. Sebelum menceburi bidang politik beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan negeri  hingga tahun 1987 dan beliau melangkah ke gelanggang politik bila menjadi ahli dewan undangan negeri Bukit Sari di Lawas. 

Sebagai insan yang diberi mandat, Datuk Amar Awang Tengah juga ingin mendekati rakyat jelata yang memilih beliau sebagai wakil. Sesekali balik ke kampung di Lawas beliau akan ke pasar tamu dan pastinya beliau beramah-tamah dengan para marhaen. Memudahkan urusan penjaja kecil dengan membantu membelikan jualan adalah satu rutin beliau. Nilai wang yang diberikan kepada penjaja mungkin tak banyak namun mempercepat masa penjaja supaya boleh cepat pulang dan mempunyai masa untuk bersama keluarga itu lebih penting. 

Datuk Amar Awang Tengah tak kekok membeli  semua sayur dari penjaja ditepi kaki lima dan memberikan kepada orang ramai. (gambar candid yang diberikan oleh sahabat saya sewaktu terserempak dengan Datuk Amar) 

Menjawat 2 portfolio iaitu menteri di Minister of Urban Development and Natural Resources dan MINTRED (Minister of Internasional Trade and Industry, Industrial terminals and entrepreneurship ) beliau turut menyumbang kepada peningkatan pelaburan asing ke negeri ini. Kebijaksanaan beliau sebagai ketua perunding dalam rundingan mengenai isu tuntutan minyak dan gas antara kerajaan negeri Sarawak dengan Petronas sehingga Kerajaan Sarawak berjaya mendapat bayaran cukaj berjumlah RM2.9 billion (untuk cukai 2019) daripada Petronas

Antara usaha Datuk Amar Awang yang mengetuai rundingan untuk mendapat semula bayaran cukai petroleum dari Petronas 

Walaupun beliau sibuk mengendalikan dua buah kementerian, beliau sangat peka dan cakna dengan pendidikan terutamanya di kawasan Lawas. Sebagai anak kampung yang dibesarkan dalam serba kekurangan, ilmu dan pendidikan adalah satu jalan yang paling penting untuk keluar dari kemiskinan. Kenangan hidup dalam kepayahan bersama keluarganya semasa kecil dan sering berkaki ayam jika ke sekolah menyebabkan  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sangat mementingkan pendidikan dikalangan anak-anak di Lawas.  

Datuk Amar Awang Tengah menyantuni penduduk kampung di pasar. 


Seorang sahabat guru saya dari Lawas ada menceritakan bahawa Datuk Amar Awang mengatakan bahawa pendidikan merupakan fokus utama beliau setiap kali balik ke Lawas. Pertemuan dengan Majlis Guru Besar dan komuniti PIBG merupakan agenda wajib. Objektif utama Datuk Amar Awang Tengah ialah untuk membuka mata ibubapa bahawa pentingnya pendidikan tinggi dikalangan anak-anak mereka. Cita-citanya melihat sekurang-kurangnya seorang anak setiap isi rumah masuk ke IPTA menjadi agenda utama. Malah galakan ini dimulakan sejak dari sekolah rendah lagi. Seorang rakan guru saya yang mengajar di Lawas pernah berkata Datuk Amar pernah menawarkan rm100 untuk pelajar yang mendapat 1A di kawasan Lawas. Jumlah pelajar yang mendapat A dalam UPSR di kumpulkan dan diraikan dalam konvokesyen khas untuk mereka. 

Gambar bersama pelajar sekolah di Lawas pada tahun 2019 (sebelum covid 19 melanda dunia) 

Datuk Amar juga amat mementingkan pendidikan teknikal dan sains (STEM) agar bidang ini dapat dikuasai oleh anak-anak Sarawak terutamanya di Lawas. Beliau sering menganjurkan  Ekspo Pendidikan dan kerjaya setiap tahun di Lawas. Beliau memastikan IPTA dan Universiti mengambil bahagian dalam ekspo tersebut dan mengadakan temuduga terbuka bagi memudahkan pengambilan pelajar samada dalam kursus akademik dan kemahiran terutamanya dalam bidang TVET kerana Sarawak dalam menuju negeri perindustrian sumber asli amat memerlukan tenaga mahir dalam bidang ini.  Datuk Amar Awang Tengah juga sering memberikan peruntukan kepada Majlis Guru Besar Lawas supaya memastikan taraf pendidikan rendah di Lawas sentiasa meningkat. Beliau juga sering membantu menaik taraf sekolah-sekolah daif di sana. Baru-baru ini beliau menyumbang 8 buah smart tv kepada SK Luagan untuk memudahkan pelajar sekolah belajar menggunakan kaedah digital di kelas.

Cikgu Nazmi menunjukkan salah sebuah dari lapan tv pintar sumbangan Datuk Amar Awang Tengah di SK Luagan Lawas


Kesimpulannya figura yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak ini merupakan seorang yang memahami betapa peritnya jika Sarawak tidak mempunyai kestabilan kepimpinan dikalangan mereka yang bijak dan bekerja keras.  Bagi Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melibatkan diri dalam dunia politik merupakan satu usaha untuk menyumbang kepada kemakmuran negeri. Saya percaya kisah perjalanan politik dan kehidupan Datuk Amar pasti lebih menarik jika digarap dalam buku biografi kerana perjalanan hidup beliau adalah bukti terbaik tentang bagaimana pendidikan mampu mengubah kehidupan seseorang dari anak kampung hingga menjadi pemimpin bervisi dan menentukan hala tuju negeri. 


Cikgu EMMET

14.11.2021


Catat Ulasan

0 Ulasan