TERHARU PERSEDIAAN RAYA DIBANTU OLEH KELUARGA IBAN NON MUSLIM.

Kampung Jepak Bintulu Sarawak.
Menerima tetamu dari pelbagai kaum semasa rumah terbuka hari raya adalah sesuatu yang biasa di negara kita. Namun suasana semasa menyediakan sambutan hari raya yang melibatkan kaum dan agama yang berbeza mungkin agak jarang dilihat. Apatah lagi jika seorang anak dari keluarga bukan islam telah memeluk Islam dan mendapat sokongan dari ahli keluarganya yang berbeza agama menyediakan persiapan hari raya adalah sesuatu yang sangat UNIK dan INDAH dalam kehidupan bertoleransi.
Keluarga dari rumah panjang melawat rumah terbuka Puan Nur Fatimah.

 Puan Fatimah Abdullah di Jepak Bintulu menempuh pengalaman indah apabila ibu bapa dan adik beradiknya turut membantu beliau membuat persediaan  menyambut kedatangan 1 Syawal .
Ibubapanya turut membantu persiapan hari raya puan Fatimah.

Bapanya Encik Igat Anak Mulai dan Ibunya Puan Jenun Anak Rabong turut membantu memotong popia seaweed untuk di goreng . Kelupis daun long (daun lerek) pula di sediakan oleh iparnya. 
Memasak kelupis daun lerek. Oleh ipar dan menantunya.

Puan Nur Fatimah yang berbangsa Iban telah memeluk agama Islam sejak 1997 dan masih menjalinkan hubungan mesra dengan keluarganya yang masih berbeza agama. Menurut beliau hubungan keluarga tetap berterusan kerana ditubuhnya masih mengalir darah ibu dan ayahnya dan tidak akan putus walaupun hingga akhir hayat meskipun berbeza akidah.
Suasana harmoni begini yang kita inginkan.

Pada hari raya pertama , ramai saudara mara kaum Iban datang menziarahi Puan Fatimah dan mereka dijamu juadah istimewa seperti kelupis daun long ,sayur upa sawit masak lemak,daging masak hitam dan pansuh ikan sultan. 
Biar beda agama tapi keluarga tetap bersatu

Puan Nur Fatimah berharap toleransi sebegini dikekalkan di Sarawak dan dicontohi oleh masyarakat Malaysia amnya.
Selamat hari raya.

Catat Ulasan

0 Ulasan