Bob...ingat cakap indai...kita orang susah, jadi kalau belajar ditempatkan orang kena jimat duit. Yang penting belajar sungguh sungguh. Kamu sahaja harapan keluarga.
Itulah bait kata-kata Ibunya Puan Jessy kepada anaknya Alexius memujuk anaknya Alexius untuk terus bertahan di Sekolah Seni Malaysia Sarawak semasa anaknya mengaku rindu dan tak mahu belajar di sana selepas seminggu mendaftar. Namun Alexius berjaya melawan dugaan itu dan berjaya menamatkan pelajaran hingga SPM.
Alexius Danggat Anak Edwin Lipa berasal dari Melugu Skim, Sri Aman. Anak seorang pekerja pembersihan di SK Melugu mula bersekolah
dari darjah 1 sejak 2010 hingga darjah 6 pada tahun 2015 . Berkat kerajinannya belajar dia mendapat keputusan UPSR 4A 1B. Dengan keputusan yang cemerlang ini pasti dia mampu untuk meneruskan pelajaran di sekolah berasrama penuh, namun Alexius memilih jalan yang berbeza.
Semasa tahun 6 di diperkenalkan dengan Sekolah Seni oleh Cikgu Robbia Jarup sebenarnya tak pernah dengar tentang sekolah seni sebab sekolah seni memang masih baru, selepas mendengar penjelasan beliau tentang sekolah seni yang menawarkan 4 bidang seni seperti seni visual, teater, tari dan muzik, dia dan beberapa orang rakan menjadi tertarik untuk menyertai uji bakat kemasukan ke sekolah seni, cikgu Robbia jugalah yang menguruskan pendaftaran untuk temu duga sekolah seni selepas upsr.
Semasa di sekolah seni Alexius diberi peluang untuk belajar kesemua 4 bidang seni tersebut, dari tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 3, selepas pentaksiran tingkatan 3 (PT3) yang ditaksir oleh pentaksir yang terdiri dari pensyarah dari pelbagai institusi pengajian seperti upsi, aswara dan uitm, mereka disuruh memilih satu bidang penjurusan, Alexius telah memilih untuk meneruskan pengajian dalam salah satu cabang dalam bidang seni visual iaitu penjurusan Reka Bentuk. (Berlainan dengan penjurusan seni teater, tari dan muzik, penjurusan seni visual mempunyai 3 cabang penjurusan).
Pencapaian terbaik yang perolehi oleh Alexius di sekolah seni adalah pencapaian Anugerah Permata Bestari 2020. Anugerah ini merupakan anugerah khas yang akan dianugerahkan kepada pelajar tingkatan lima setiap tahun di sekolah seni Malaysia Sarawak semasa majlis graduasi yang dikenali sebagai Anugerah Permata Seni Kenyalang dilaksanakan. Anugerah Permata Bestari ini merupakan anugerah khusus bidang akademik yang dianugerahkan kepada pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak yang menunjukkan pencapaian akademik cemerlang dan sentiasa menunjukkan peningkatan yang baik. Untuk persembahan, Alexius pernah menyertai World Harvest Festival pada tahun 2016 dan 2017. Ianya merupakan sebuah festival bertaraf antarabangsa yang sering diadakan di Kampung Budaya Sarawak.
Semasa di Sekolah Seni, beliau sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh persekitaran di sekolah yang baik. Alexius mempunyai ramai rakan yang selalu belajar bersama-sama dengan semasa di sekolah. Guru-guru di sekolah seni juga sangat optimistik dalam memastikan pencapaian akademik dan kesenian kami sentiasa seimbang. Guru-guru akan mengorbankan masa untuk turun ke kelas tambahan walaupun pada waktu malam. Waktu pagi sehingga tengah hari kami akan melaksanakan sesi akademik seperti biasa, kelas kesenian akan dilaksanakan pada waktu petang. Waktu malam pula merupakan sesi prep malam, ataupun kelas tambahan untuk kelas yang akan menduduki peperiksaan. Dengan semua usaha guru-guru dan juga sokongan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus, Alexius menjadi lebih bersemangat untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang iaitu 7A2B dalam SPM
Dengan keputusan cemerlang itu Alexius memohon untuk belajar di IPGM kerana ingin menjadi guru. Dia mendapat tawaran kursus pendidikan seni visual (SK) di IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu pada bulan Ogos 2022 dan akan tamat pengajian pada Jun 2027.
Menurut Alexius ramai menganggap subjek seni ini sebagai sebuah subjek yang “tidak penting” ataupun hanya “menghabiskan duit untuk membeli bahan seni”. Bila menjadi guru terutamanya sebagai seorang guru seni visual suatu hari nanti, beliau berharap agar dapat mengubah persepsi sesetengah pihak tentang subjek seni dan juga sekolah seni, kerana ianya telah membuka peluang yang sangat baik untuk ramai pelajar seperti diri saya sendiri dan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang untuk terus berjaya dalam pelajaran sehingga mencapai cita-cita sendiri.
Menurur Alexius lagi ramai yang tidak tahu sebenarnya sekolah seni ini mempunyai laluan khas untuk ke IPG kerana ipg ada menawarkan opsyen Muzik dan Seni Visual. Kepakaran murid keluaran sekolah seni yang telah melalui dan didedahkan dengan pentaksiran/viva sejak tingkatan 3 lagi juga telah menarik minat ipta mengambil pelajar sekolah seni untuk menyambung pengajian dalam bidang seni.
Tahniah kepada Alexius kerana beradiknya menjadi produk Sekolah Seni Malaysia Sarawak yang berjaya mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Kampus Gaya Sabah. Semoga Alexius terus cemerlang dan gemilang.
Cikgu Emmet.
0 Ulasan