POTENSI LUBOK ANTU DESTINASI WISATA DUA NEGARA - MR PUNIT



Lubok Antu merupakan sebuah daerah perbatasan yang berbatas langsung dengan negara jiran iaitu Indonesia bahagian Kalimantan Barat. Malah dibahagian Badau kini terdapat beberapa kawasan potensi pelancongan seperti Rumah Betang Sungai Utik dan Danau Sentarum.
Namun dibahagian Sarawak Malaysia, Lubok Antu masih dikira belum begitu menarik perhatian pelancong samada dalam mahupun luar negara. Dahulu Batang Ai bangga dengan. Hotel 5 bintang iaitu Hilton Batang Ai. Kini Hotel itu diambil alih oleh sebuah syarikat swasta yang lain.
    Cikgu Punit

Saya tertarik untuk berkongsi cadangan seorang guru yang dikenali sebagai Mr Punit di ruangan facebook beliau. Sebagai anak jati Lubok Antu beliau mengutamakan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk perlaksanaan pihak berwajib.
Mari kita baca coretan beliau.

Seandainya saya seorang pemegang taruh atau pihak berkepentingan di kawasan Lubok Antu ini. Banyak perubahan dan program saya akan laksanakan bagi memacu sosioekonomi dan pembangunan kawasan setempat d sini. Antaranya adalah:

1. Mengembalikan pesta tahunan, Pesta Batang Ai. Dikelola dgn kerjasama badan kerajaan & NGO serta penglibatan MSS dan JKKN utk memartabatkan seni budaya yg ada khususnya d kwsn Lubok Antu. Selain itu, booth2 pertanian, perikanan & kraftangan diberi keutamaan dgn kadar sewa yg berpatutan. Yg boleh membawa keuntungan kepada kedua2 pihak. 
2. Memaksimakan promosi riadah d kawasan Batang Ai Waterfront. Selain jualan Pasar Minggu dan Pasar Malam  turut diadakan stiap Jumaat, Sabtu & Ahad.

3. Safari Rakit Lubok Antu juga boleh diadakan (1kali dlm 2thun) spt pertamdingan perahu/bot berhias, lumba rakit/perahu, disebelah malam pula konsert artis2 tmpatan.
4. Bazaar Gawai Antarabangsa. Bazaar ini membawa kelainan, selain jualan produk2 tempatan, kita juga menjemput produk2 lain dr negara jiran , bagi memberi peluang masyarakat tempatan utk merasai makanan2 dari negara lain. Konsert Mantar Gawai juga diadakan sbgai kemuncak program (pertandingan poco2, tarian, Talent Night, nyanyian,  Kumang/Keling Antarabangsa,  Miss Batang Ai, auto show dsbgnya)
5. Karnival Keusahawanan & Karnival Kebudayaan + kerjasama Badan2 Kebudayaan Borneo + Kalimantan (2 kali setahun). Program2 yg mmberi peluang pekerjaan dan galakkan kedtgn pelancong dimantapkan dgn pengisian yg brstruktur.

6. Membaikpulih dan menambahbaik kawasan riadah di Taman Rekreasi Batang Ai yg kini 'mati segan hidup tak mahu' (eh entah sesuai ke tidak peribahasa ini). Meletakkan pengawal atau pasukan rela yang bertugas menjaga fasiliti di tempat tersebut. 
Antara program yg boleh dilaksanakan ialah Fun Run,  Senamrobik/Zumba/poco, pertunjukan air berirama, Hari melawat Batang Ai National Park dan sebagainya. 

7. Semua ini cadangan dan lontaran idea saya sahaja. Diharap pihak berkenaan boleh memikirkan tentang perlaksanaannya serta menambah idea baharu yang lain bagi memartabatkan Lubok Antu sebagai destinasi pelancongan eksotik Sarawak .

Demikianlah cadangan Mr Punit yang juga seorang guru di Betong. Cadangan ini amat baik untuk direalisasikan. Semoga berjaya satu hari nanti. Terima kasih Cikgu Punit atas perkongsian idea 

Catat Ulasan

0 Ulasan