KISAH MUHAMMAD DARI HERO MENJADI SUPERHERO

Buang minda subsidi, keluar dari zon selesa, bersangka baik dengan Allah dan berdikari demi ibu tercinta menjadi resipi kejayaan hidup Muhammad . 
Semalam tular posting Muhammad AP yang menulis thread tentang imbasan kehidupan dia dari kanak kanak hingga ke universiti. Ternyata kisah beliau begitu menginspirasikan. Cikgu merasakan Muhammad ini adalah wira sejak kecil lagi. Ini kerana dia bukanlah anak orang kaya malah sekadar anak kampung yang tak terlepas dari masalah umum seperti kemiskinan dan sosial. Tapi itu semua tidak menghalang Muhammad untuk meraih kejayaan yang di impikan.
Cikgu berkesempatan menemuramah beliau tentang bagaimana dia mampu mengorak langkah hingga berjaya. Ikuti temuramah Cikgu bersama Muhammad Amat Pajio 
Boleh perkenalkan diri dan berasal dari mana?
1. Nama penuh Muhammad bin Amat Paijo berasal dari kampung Gita Kubur, Kuching Sarawak.
Bagaimana Muhammad mengharungi dan me ghadapi kesukaran hidup sejak kecil hingga berjaya?
2. Untuk menghadapi kesukaran hidup, saya banyak bersabar bila berhadapan dengan cacian & makian terutama bila hidup kita susah. Dalam masa yang sama, saya juga sering mencari peluang untuk menambahkan duit poket tambahan lagi walaupun mak ayah dah bercerai mereka pun tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Saya pernah buat macam macam kerja seperti jadi tukang cuci homestay, jual besi buruk, ambik upah jaga rumah org bila tuan rumah takde, pernah part time keja tukang kebun bila habis kelas semasa tingkatan 6, jual sayur bawak basikal pusing kampung, jadi peniaga pasar malam, kerja buruh kasar dan banyak lagi.
Bagaimana keadaan di zaman persekolahan Muhammad?
3. Alhamdulillah semasa zaman sekolah saya dilantik sebagai pengawas perpustakaan semasa form 2 & 3, pengawas sekolah semasa form 4 & 5 dan ketua pengawas perpustakaan semasa form 6. Saya rajin melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan seperti jadi imam, bilal, pemberi tazkirah selain semasa majlis anugerah kecemerlangan tingkatan 5 di SMK Agama Matang saya dipilih menjadi Tokoh Kokurikulum Sekolah tahun 2016. 
- Form 1 sampai 5 di SMK Agama Matang
- Form 6 di SMK SHOAW
Apakah Muhammad mempunyai hasrat atau cita-cita tertentu semasa di alam persekolahan?
4. Semasa di bangku sekolah, saya bercita-cita nak jadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik sehingga saya ambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam kursus Hubungan Antarabangsa. Dalam masa yang sama sya turut menjadi sukarelawan pelajar untuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Universiti Malaysia Sabah dengan kadar elaun sebanyak RM6 sejam sekiranya ada program.
Bagaimana dengan sokongan ibubapa dan keluarga?
5. Sungguhpun ibu dan ayah dah berpisah, mereka tetap sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya walaupun mereka juga serba kekurangan. Ayah saya bekerja sebagai pemandu sambilan manakala ibu saya tidak bekerja. Kalau ayah ada duit lebih, ayah bagi belanja sebanyak RM10 untuk seminggu dan duit tu yang sya guna untuk beli barang keperluan sebab saya duduk asrama. Ibu saya banyak menjaga kami, dia buat pelbagai kerja misalnya sebagai tukang cuci di rumah orang bagi menampung kehidupan saya dan kakak. Saya ada 2 beradik duduk serumah dulu.
Bagaimana pula dengan peranan guru-guru Sekolah membina karakter Muhammad?
6. Guru2 di SMK Agama Matang dan SMK SHOAW pun banyak memberi saya motivasi tanpa henti untuk saya kuatkan semangat belajar bersungguh-sungguh. Mereka menjadi inspirasi saya untuk berjaya.
Apakah langkah seterusnya untuk memastikan Muhammad kekal berjaya?
7. Langkah seterusnya, saya akan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah sebab Allah yang bagi semua rezeki untuk hamba2nya yang bersyukur sekaligus agar saya tidak lupa diri. Saya juga plan untuk kumpul duit beli rumah bagi kesenangan untuk ibu saya sekaligus membina kehidupan yang baru. Mungkin dalam masa 5 tahun ini, saya juga akan sambung pelajaran di peringkat master bagi membolehkan saya naik ke peringkat yang lebih tinggi dalam kerjaya kerajaan saya.
Titipkan sedikit nasihat buat adik adik yang masih belajar agar lebih bersemangat
8. Nasihat saya untuk pelajar tersebut, jangan pernah mengalah demi mengejar cita2, walau sesusah apa pun halangan yang dihadapi kalau kita berusaha dengan cara yang betul inshaAllah kejayaan pasti akan tiba
Terima kasih Muhammad . Alhamdulillah Muhammad bertugas sebagai Pegawai Arkib S41,  di Pusat Pengurusan Rekod Arkib di Petaling Jaya, Selangor. 
Semoga kejayaan Muhammad menjadi ikutan adik adik yang masih belajar supaya dapat membuktikan bahawa kejayaan itu adalah atas semangat dan usaha keras diri sendiri demi cita-cita. 

Catatan Cikgu Emmet



Catat Ulasan

0 Ulasan