CANTIK BUKAN MANDATORI YANG PENTING PESONA DIRI

Beberapa hari ini agak kecoh di media sosial dengan isu guru yang kurang 'cantik' dan tak berpenampilan 'menarik' yang di pertikaikan oleh seorang netizen dari Sabah. 
Komen beliau mendatangkan rasa kurang senang dikalangan guru-guru di Sabah dan Sarawak malah di semenanjung juga. Pelbagai reaksi diutarakan oleh guru-guru bagi membidai kenyataan beliau.
Namun begitu seorang ahli akademik yang tersohor di Sabah iaitu Datuk Dr Ramzah Dambul yang merupakan seorang CEO di IDS Sabah serta pensyarah di UMS memberikan pandangan bernas dalam isu ini.

Mari kita ikuti kupasan beliau dalam fb beliau Rem Dambul.
Kerjaya sebagai guru dan pendidik ini, ala-ala macam selebriti juga. Tugas hakikinya adalah buat “persembahan” (baca: mengajar) di hadapan “audien” (pelajar).

Sama ada kau suka atau tidak, rela atau terpaksa — your audience will definitely judge the way you present yourself. Bukan saja dari segi skill dan substances; tapi juga rupa diri, termasuk dandanan dan pakaian.

Tapi dik, ada beza antara kecantikan dan penampilan. Kecantikan itu lebih kepada melawa dan melaram. Feeling feeling mau jadi supermodel, padahal hanya setaraf dengan Cindy Keropok dan Naomi Tombol celup.
Selaku guru, kecantikan itu bukan mandatori. Yang perlu dijaga, cuma penampilan. Ya, tentang imej dan pesona diri. Sama ada kau mau bermekap atau tidak, itu pun optional. Yang penting, kau mesti presentable.

Ada orang tidak perlu secalit mekap pun. Tapi nampak macam bidadari syurga, yang penuh inspirasi. Ada orang mekap berkepuk-kepuk, tapi nampak macam bendahari neraka, yang baru songlap duit. Tengok lima batu pun, hati sudah gerigitan.

Pakaian pun sama juga. Kalau mau senang, pakai yang simple-simple saja. Yang penting kemas, nampak terampil dan berwibawa. 

Mau pakai baju glamour pun, tidak salah juga. Tapi itu pilihan, bukan kemestian. Pakailah apa saja yang boleh menambah keyakinan diri. Yang penting, ngam pada badan, ngam pada keadaan. Sedap dipandang mata, bukan sedap diumpat nista.

Saya faham juga. Jadual cikgu dan pendidik ini selalu padat. Sampai ripuh bergelinjang ke sana sini. Ya, sesekali kita ada kelonggaran untuk “bad hair day”. Tapi kalau hari-hari cemerkap serabai, bagus lagi kau tukar kerjaya jadi penanam padi bukit di Nalapak.
Bukan saya mau membanding-banding — konon kerja guru ini mulia melangit, dan kerja petani ini hina terpinggir. Bukan. Semua pekerjaan di dunia ada markat kehormatan tersendiri.

Tapi maksud saya begini. Kalau kau sepanjang waktu tiada masa mengurus penampilan diri, kau pilihlah bah kerjaya yang jauh dari scrutiny mata manusia. Supaya kau terhindar dari jadi bahan gosip dan kisah bawangan audien (baca: pelajar).

Begitulah pandangan saya pasal isu viral yang bikin panas satu negara itu. Ya, betul. Semua kerjaya profesional yang melibatkan interaksi publik, menuntut imej dan pesona yang munasabah.
Tapi perlu bezakan antara kecantikan dan penampilan. Yang pertama itu, cuma kosmetik luaran. Yang kedua itu, personaliti luar dan dalam. Kita inginkan yang kedua, bukan yang pertama.

Mekap-mekap ini pula, cuma salah satu alat bantu untuk memugar penampilan. Bukan satu keperluan wajib.

Matlamat utama — you want to appear pleasant to look at. Biar terserlah aura dan karisma, secara fizikal dan mental. Ada banyak cara lain untuk mencapai matlamat ini. Bukan hanya dengan bermekap.

Tapi itulah bah masalahnya. Bila pemikiran kita terlalu dipukau oleh g̷o̷d̷a̷a̷n̷ ̷i̷b̷l̷i̷s̷ imej materi. Kita lebih gigih mau bercakap pasal “alat” daripada “matlamat”. 

#DoneIntoScene
#rembebel

Kesimpulannya penampilan dan keberadaan kita sebagai guru mencerminkan iltizam kita melaksanakan pengajaran sangat penting berbanding tampalan kosmetik yang mungkin mengalih jiwa belajar anak anak murid.

Terima kasih Datuk Dr Ramzah atas pandangan bernas beliau.

Di sini saya sertakan link asal penulisan beliau
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0214Vqpz6hQQdUS7V7sBanQXpVJyZExAb6Y31rQC6GuiDihYcU2dTJC1rqc1vxFuWJl&id=1271220569&mibextid=Nif5oz

Catat Ulasan

0 Ulasan