Aki dan Inek Bergraduasi: Tuntut ilmu tanpa batas usia

Melihat gambar nenek-nenek memakai jubah dan topi graduasi mengambil sijil tamat kelas Literasi membuatkan saya kagum. Semangat mereka belajar supaya mengenal huruf dan angka walaupun sudah di usia senja. 
Puan Rawa Anak Insut 76 tahun

Salah seorang penerima ialah Puan Rawa anak Insut berusia 76 tahun dari Sungai Amang Kapit merasa gembira kerana kini boleh membaca dengan baik setelah mengikuti Program Literasi Fungsian (PLF) yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kapit.
Program ini bermatlamat untuk membasmi buta huruf di negara ini. 
Kaedah pembelajaran pula ialah dengan menggunakan modul Literasi di dalam kelas.
Hari ni 7 orang warga emas diraikan oleh YB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dengan menyampaikan skrol sebagai tanda kesemua mereka berjaya menamatkan kelas PLF dengan jaya.
Diharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Catat Ulasan

0 Ulasan